Sunday, March 29, 2015

Bermula semula

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.

Bermula sekali lagi. Aku pernah ada blog dulu. Penuh dengan cerita suka dan bahagia aku. Bahagia yang tak kekal. September 2014, aku lupuskan terus blog tu..hehh

Ini bermula semula. Sebab aku nak bercerita. Terlalu banyak yang terpekung dalam hati. Semua aku luahkan pada Dia. Tapi aku rasa nak menulis. Sebab boleh aku baca balik apa yang pernah tersirat tersurat dalam hati aku dulu-dulu...kahh,,aku ni memang tak habis-habis suka melayan hati.

Aku Nadiah, Nurul Nadiah. Aku tengah usaha nak tinggalkan diri aku yang lama, diri yang hanyut dengan dunia, diri yang selalu terlupa yang mati tu bila-bila masa je boleh datang menjemput. Aku tengah usaha. Aku nak jadi baik. Aku rasa aku tak cukup baik untuk siapa-siapa. Sebab tu orang yang baik-baik tinggalkan aku. Alhamdulillah, mak ayah family aku terima aku seadanya. Merekalah HARTA aku dunia akhirat. Kalau takde dorang, aku taktahulah aku ni jadi apa sekarang ni..haihh.

Aku bersyukur. Allah sedarkan aku. Allah sayangkan aku. Dia bagi aku ujian untuk aku sentiasa ingat pada DIa, untuk selalu merintih dan meluahkan pada Dia..bukan pada manusia, yang hanya tahu bagi janji manis.

Betul, memang betul salah satu sebab aku berubah sebab hati aku hancur. Aku tak nafikan. Kalau dengan buatkan hati aku hancur baru aku ingat pada Allah, then, aku rela. Sebab cinta Allah itu kekal abadi. Lebih baik aku berpaling pada yang kekal abadi berbanding pada yang sementara, yang hanya tahu berjanji tetapi lepas tu jadi munafik sebab tak kotakan..hehh. Takpelah kifarah tu ada.

Allah sayang aku dan aku bersyukur untuk itu,

Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Sekali sekala hambaMu ini perlu 'ditampar'...baru dia tersedar. Terima kasih Ya Allah.

Kau lindungilah hatiku ini Ya Allah, agar tidak aku serahkan kepada yang tidak berhak, agar tidak terpaut pada bukan jodoh terbaik daripadaMu.


No comments:

Post a Comment